Friday, April 19, 2013

JUMAAT - HARI MUSTAJAB UNTUK DOA

.

Bila tiba hari Jumaat, tentu ramai yang seronok sebab esok CUTI. Boleh lah meluangkan masa dengan family lebih sikit dari hari-hari biasa. Seronok bila boleh bawa anak2 berjalan-jalan. Masa cuti jer la yang mampu kita nak layan karenah anak-anak pun. Kalau hari2 biasa, semua kerja kena cepat, masa dengan anak2 pun kena cepat2 sebab pukul 10 mlm mereka semua dah nak tidur.

Sesungguhnya hari Jumaat - Penghulu Segala Hari. Hari yang berkat begini elok la kiranya kita banyakkan sedikit amal. Dan sesungguhnya di Hari ini juga, elok kiranya kita merendah diri untuk meminta padaNya. Moga segala doa dan harapan kita dimakbulkan.

Tazkirah hari ini diamibil dari shafiqolbu . Moga dapat pengajaran daripada tulisannya
 

Hari Jumaat ~ Waktu Mustajab Berdoa

Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu seorang muslim sepatutnya lebih perihatin akan keberkatan hari Jumaat ini.

Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Daripada Abu Hurairah, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallah ‘anhu, dia bercerita: “Abu Qasim (Rasululah) صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu ketika yang tidaklah seorang hamba muslim berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada masa itu, melainkan Dia akan mengabulkannya.” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat).” (Muttafaq Alaih)

Dalam memahami mengenai penentuan waktu mustajab (makbulnya doa), para ulama berbeza pendapat, bila masa dan ketikanya ia berlaku? Ilmu tentang ketepatannya, telah ditarik ilmunya oleh Allah SWT seperti juga ilmu bagi memastikan waktu Lailatul Qadar.

Diriwayatkan, oleh Sa’id bin al-Haris, dari Abu Salamah, katanya; “Sesungguhnya Abu Hurairah menyampaikan kepada kami perilah satu waktu yang ada di hari Jumaat. ‘Beliau berkata, ‘Aku pernah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم; lalu Baginda menjawab,

“Sungguh aku dulu diberitahu tentangnya kemudian aku dijadikan lupa sebagaimana dijadikan lupa terhadap Lailatul Qadar.” (HR. Imam Ahmad)


Pendapat Para Ulama

Ibnul Hajar dalam Fath al-Baari, menyebutkan ada 43 pendapat di antara para ulama mengenai suatu waktu yang terdapat pada hari Jumaat itu.

Beliau berkata, “Tidak diragukan lagi bahawa pendapat yang paling rajih (kuat) adalah hadis Abu Musa dan hadis Abdullah bin Salam… Namun para ulama salaf masih berbeza pendapat manakah dari keduanya yang lebih rajih.”

Seterusnya Ibnul Hajar menjelaskan, majoriti ulama seperti Imam Ahmad dan lain-lain, mentarjih bahawa waktu tersebut terdapat pada waktu akhir hari Jumaat.

Di akhir ucapannya, Ibnul Hajar cenderung kepada pendapat Ibnul Qayim, iaitu pengabulan doa itu diharapkan juga pada ketika melakukan solat. Sehingga kedua waktu tersebut merupakan waktu ijabah (pengabulan) doa, meskipun saat yang khusus itu ada di hujung hari selepas solat solat Asar.
.

Pendapat Yang Paling Rajih (Kuat)

Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 3 pendapat yang paling ‘rajih’ (kuat) :~

a. Waktu Dari Imam Mulai Duduk Sehingga Selesai Solat Jumaat

Waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat didirikan.

Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asyari Radhiyallahu Anhu, dia bercerita bahawa Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhu berkata padanya, “Adakah engkau telah mendengar ayahmu menyampaikan hadis dari Rasulullah mengenai waktu mustajab pada hari Jumaat?” Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya! Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ

“Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat.”

(HR. Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Namun, waktu istijabah ini tidak penuh sejak duduknya imam di mimbar sampai selesainya solat. Dia datangnya kadang-kadang mengikut lafaz hadis, “Yuqalliluhaa” (sangat sekejap).

Imam ash Shan’ani rahimahullah dalam Subul as Salam, menyebutkan masanya kadang-kala di awal, di tengah atau di akhir. Ketikanya bermula sejak bermulanya khutbah sehingga habis selesainya solat. (Subul as Salam)

Manakala Imam As-Suyuthi rahimahullah pula menentukan waktu yang dimaksudkan adalah ketika solat didirikan.


b.) Waktu Di Antara Dua Khutbah Jumaat

Sesetengah ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullahصلى الله عليه وسلم sedang menerangkan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ

“Sesungguhnya padanya (hari Jumaat) terdapat suatu ketika yang tidak ditemui oleh seseorang yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Dan Rasulullahصلى الله عليه وسلم menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja (sangat singkat) waktu itu.
.

c.) Waktu Terakhir Selepas Asar
 

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhu, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda;

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.

“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.”

(HR. An-Nasai dan Abu Daud).

.

Hadits Abdullah bin Salam, dia bercerita: “Aku berkata;

“Sesungguhnya kami mendapatkan di dalam Kitabullah bahawa pada hari Jumaat terdapat satu masa yang tidaklah seorang hamba mukmin berada padanya lalu berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT, melainkan akan dipenuhi permintaannya.”

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengisyaratkan dengan tangannya bahawa masa itu hanya sedikit sahaja.

Kemudian Abdullah bin Salam bertanya; “Bilakah ketiknyaa ia berlaku?”

Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, “Masa itu berlangsung pada akhir waktu siang.”

Setelah itu Abdullah bertanya lagi, “Bukankah saat itu bukan waktu solat?”

Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab;

بَلَى إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا صَلَّى ثُمَّ جَلَسَ لَا يَحْبِسُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ فَهُوَ فِي الصَّلَاةِ

“Benar! Sesungguhnya seorang hamba mukmin jika melakukan solat kemudian duduk, tidak menahannya kecuali solat, melainkan dia berada di dalam solat.”

(HR. Ibnu Majah. Syaikh al Albani menilainya hasan sahih).


Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

التمسوا الساعة التي ترجى في يوم الجمعة بعد العصر إلى غيبوبة الشمس

“Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu setelah ‘Asar sampai tenggelamnya matahari.” (HR. at Tirmidzi; dinilai Hasan oleh al Albani di dalam Shahih at Tirmidzi dan Shahihh at Targhib).

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Diriwayatkan Sa’id bin Mansur dengan sanad sahih kepada Abu Salamah bin Abdirrahman, ada beberapa orang dari sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم berkumpul lalu saling menyebut satu masa yang terdapat pada hari Jumaat. Kemudian mereka berpisah tanpa berbeza pendapat bahawa saat tersebut berlangsung pada akhir waktu dari hari Jumaat.” (Fath al Baari: II/421 dan Zaad al-Ma’ad oleh Ibnul Qayim I: 391).

Diriwayatkan Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Masa (mustajab) yang disebutkan ada pada hari Jumaat itu terletak di antara solat Asar dan tenggelamnya matahari.”

Sa’id bin Jubair jika sudah selesai melaksanakan solat Asar, dia tidak mengajak seorang pun berbual sehingga matahari terbenam.

Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, itu adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya..

Ibnul Qayyim juga mengatakan, “Menurut saya, ketika solat merupakan waktu yang diharapkan pengabulan doa. Kedua-duanya merupakan waktu pengmakbulan meskipun satu ketika yang khusus itu di akhir waktu selepas solat Asar. Hari Jumaat merupakan hari yang pastinya masa mustajab itu berlaku. Adapun ketika mustajab pada waktu solat, ia mengikuti waktu solat itu sendiri sehingga boleh awal atau kemudian. Kerana ketika berhimpunya kaum muslimin, solat, tunduknya dan munajat mereka kepada Allah memiliki pengaruh terhadap pengabulan (doa). Dengan demikian, masa pertemuan mereka merupakan ketika yang diharap dikabulkannya doa. Dengan demikian itu, seluruh hadits berpadu antara yang satu dengan yang lain..” (Zaad al-Ma’ad: I/394).

Pendapat ini juga yang dipilih oleh Syaikh Ibnu Bazzrahimahullah sebagaimana yang dinukil oleh DR. Sa’id bin Ali al Qahthan dalam Shalatul Mukmin. Syaikh Ibnu Bazz berkata, “Perkara itu menunjukkan bahawa sudah sewajarnya bagi orang muslim memberikan perhatian terhadap hari Jumaat kerana di dalamnya terdapat satu masa yang tidaklah seorang muslim berdoa memohon sesuatu bertepatan dengan ketika tersebut melainkan Allah akan mengabulkannya, iaitu setelah solat Asar. Mungkin juga masa ini berlaku setelah duduknya imam di atas mimbar. Oleh kerana itu, jika seseorang datang dan duduk setelah Asar menunggu solat Maghrib seraya berdoa, doanya akan dikabulkan. Demikian juga jika setelah naiknya imam ke atas mimbar, seseorang berdoa dalam sujud dan duduknya maka sudah pasti doanya akan dikabulkan.” (DR. Sa’id bin Ali bin Wahf al Qahthani, Ensiklopedi Solat menurut al-Quran dan as Sunnah).

No comments:

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...