Sunday, May 8, 2011

EMAK.. I Miss U

Dengan emak waktu raya 2007, last raya with her
Emak.. SUPIAH BINTI ABDULLAH, adalah orang paling penting dalam hidup aku. Walaupun emak dah tak ada sekarang ni tapi rasa macam dia masih ada jer. Even aku sebenarnya masih belum boleh menerima ketiadaannya. No. phone nya masih dalam phone aku sampai sekarang. Tak rasa nak delete nombor walaupun tahu ia tak dapat dihubungi lagi. Biarlah... kenangan.

Emak boleh dikatakan kategori tua dah waktu melahirkan aku.. sebab tu bila jalan dengan mak dan kak sulong aku... orang akan cakap kak yong tu mak aku dan mak tu opah. Apapun mak tetap mak la kan.

Emak masa hayatnya, memang selalu sakit. Macam-macam... seingat aku la.. mak masuk hospital ni sejak aku dulu belum boleh melawat orang masuk wad. Aku ingat lagi aku nangis giler2 sebab guard tu tak bagi aku masuk melawat mak. Waktu tu kecik lagi.. so nangis depan orang ni biasala. Sampailah akhir hayatnya pun di hospital...mmm.

Sebab ayah aku meninggal awal, masa umur aku 4 tahun lagi, jadi emak la segala-galanya dalam dunia aku. Memang aku ni susah sikit berenggang dengan mak. Adik beradik lain masuk asrama, aku masih dengan mak.  Masa lepas UPSR, aku dapat tawaran sekolah asrama pun aku tolak... Sorry la Ustaz Abd. Rahman.. sebab banyak berusaha untuk murid yang degil ni... bukan tak menghargai jasa baik ustaz yang tolong isi borang sekolah asrama sana sini untuk aku tapi waktu tu aku lebih menghargai masa aku bersama mak...hehehe. Jasa baikmu tetap dikenang, Ustaz.

Masa lepas Form 3, aku memang malas nak apply asrama. Masa lepas Form 5, sekali lagi dua tawaran ke IPT aku tolak... alasan aku... Nak cuba Form 6. Giler ke aku nih.. semua orang nak elak ambik Form 6 tapi aku lak, nak ambik. Tapi ada rahmatnya... sebab masa aku di Form 6, emak masuk wad lagi. Kali ni operate perut pulak... aku memang takut dengan operation tapi sebab mak terpaksa lah.

Aku mula masuk Form 6, aku masuk kelas Sains... tapi tukar ke kelas sastera. Terpaksa la.. lagipun banyak gak masa aku ulang alik hospital jaga emak. Jadi nak concentrate dengan subjek2 Sains.. i gave up. Tak boleh ikut la.. Kelas sastera jugak satu cabaran bagi aku, sebab aku tak pernah ambik kelas sastera dan ekonomi sejak Form 1. Tetiba nak belajar dalam masa setahun semua scope dalam subjek tu... wah... naik gila jugak la waktu tu...hehe. Tapi mungkin la berkat menjaga ibu tersayang ni... aku pass jugak semua subjek.

Tak percaya??? Nak aku scanned result STPM aku? Huh.. mimpi ler kome... Tak adanya pasai nak tunjuk kome semua result aku tu... Janji aku dapat 5P...hahahaha

Aku rindu sangat mak... Dulu masa dia ada, adalah jugak tempat aku ngadu... Even tak dapat respon yang dikehendaki pun tapi Mak is someone who listened carefully to every word I'd said... That was enough for me. Dan sekarang susah nak cari pengganti mak.. Mungkin sebab tu aku start blog ni.. who's know..

She's gone now.. but I still love her very much. Miss you mak. HAPPY MOTHER'S DAY!

p/s: On mother's day jugak, first time aku bawak laki aku jumpa mak...

4 comments:

norh said...

emak, tiada galang ganti...

アヌム ちゃん~~ said...

Salam..besdey girl dtg jalan2 cni^^ thanks ye sudi wish besdey :D

Erani Zuhran Mohd Nor said...

betul la tu...emak satu jer kita ada

Erani Zuhran Mohd Nor said...

TQ birthday girl..