SATURDAY...REPORT CARD???

Baru jer balik dari sekolah tadika abang..ambil report card dia. Dari minggu lepas lagi bila dapat surat dari tadika suruh hati ni tak sedap jer. Maklum la waktu periksa hari tu pun, dia main-main jer. Sampai tanya periksa apa pun tak tau.

Tapi tadi sampai kat sekolah, semua cikgu.."Hai Farees. Kenal jugak semua cikgu dengan abang nih..kira popular la jugak. Jumpa cikgu kelas dia, Cikgu Rozi. Cikgu Rozi cakap Farees ni diam sangat di dalam kelas. Nak dengar suara dia memang payah...

Huhhhh... Apa???? Diam???? Kalau kat rumah la, sampai kena jerit suruh stop cakap. Pastu cakap pulak, volume paling tinggi, mungkin satu taman boleh dengar. Tak kira la kalau dia bercerita ke, nyanyi ke.. menangis ke.. adusss... volume tu rosak tak leh slow dah.. Tutup mulut pun kot... selang rumah 3-4 buah pun boleh dengar. Kat sekolah lak diam... Macam tak percaya jer. Betul ke dia ni... OOOO... pandai berlakon depan cikgu yer.

Mama masih tak berapa percaya abang boleh dapat 4A ...
Anyway.. tengok result periksa dia, nampak ok. Pendidikan Moral boleh dapat 100...ceheeeh... pandai nya. tak percaya bukan apa, sebab kalau di rumah la.. suruh baca buku - nangis, suruh buat kerja sekolah nangis...ntah bila masa ler masuk semua pelajaran yang cikgu ajar tu. Tapi science dapat 64.. mmm.. macam mana nak jadi doktor haiwan ni? Ni cita2 dia.. tak kaitan dengan mamanya ni sebab mama tak suka binatang. Pooh dengan teddy bear jer boleh jadi binatang peliharaan mama..hehe (or bantal peluk). Senang tak yah bagi makan.

Comments

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar