Custard TeaCake

Source: Kak Ida & Che Mat Gebu
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega -hasue guna marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. :D)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.

3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

++ Copy n paste dari blog Hasue...

Kek ini dah lama dah buat tapi siaran tergendala jer nak masukkan kat sini. Kek ni sedap sebab ada custard filing tu. Kek ni pun kecil jer. Bagi yang nak jamu orang tu kena doublekan quantity untuk dapatkan kek yang lebih besar. Tapi kek ni memang sedap. Aku pun buat sebijik cam Hasue gak.. doublekan quantity filing sebab aku memang suka custard filing ni...


Gambar aku tak cantik sebab ambik dengan handphone jer.. sementara on computer nak men'tenet;.. lagipun ni jer yang tinggal untuk dingap...

Comments

norh said…
ni bukak utk tempahan dak? he he
tempahan akan dipertimbangkan bila resign keja sekarang ni...hehe

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar