Friday, May 27, 2011

Sahara..Nyaman Segar

Hari ini aku bertemankan minyak HPA Sahara seharian. Sakit kepala tak sudah dari kelmarin lagi. Badan seram sejuk, kepala bengang jer, tekak sakit, hidung sumbat, badan pun lenguh-lenguh. Tapi apa pasal la aku pergi kerja hari ini. Tensionnya. Nasib baik tak ada orang yang kacau aku sangat hari ini. So boleh continue kerja aku jer...

Semalam pun dah pergi klinik dengan Cik zue. Dapat la ubat macam-macam yang tak sepatutnya aku dapat. Bagi ler MC doktor. Ni bagi ubat mengantuk camni aku nak pi keja camner? Doktor ni pun la...

Sib baik ler ada minyak angin. Minyak Sahara ni Kak Zaini, ofismate aku kenalkan. Dulu guna minyak angin cap kapak jer tapi entah macam mana leh tukar lak ke minyak ni. Try ler dulu. Ok ler.. nak bagi baik 100%, tipu sangat la. Kecuali la ada orang tolong urutkan 2-3 jam badan ini mungkin la boleh lega, kan. Cuma ok la buat penghilang sakit-sakit buat sementara. Layak la untuk teruskan duduk di kerusi ni sampai kul enam petang.

Terima Kasih ler minyak ni.... teman aku untuk maintain duduk kat kerusi opis ni..hehehe


p/s: Pening lagi ni. Sakit badan, sakit kepala. Balik nak tidor terus.

Thursday, May 26, 2011

Absolutely right!

Anyone who has lost track of time when using a computer knows the propensity to dream,
the urge to make dreams come true and
the tendency to miss lunch.


Tim Berners-Lee

p/s: Hehehehe... most probably talking about me.

Wednesday, May 25, 2011

CHEESYYY TART... YUMMY

Cheese tart ni sebelum ni favorite aku.. tetapi sekarang dah jadi fave anak pulak. Seperti mana yang pernah aku cakap dulu.. i loooooveeeee cheese. Semua resepi ada cheese kalau boleh nak buat. Dan anak aku sorang ni pulak.. panggil tart ni, kek yang ada lukis-lukis tu...hehehe...popularnya nama dia bagi, kan.

Jadi share dulu resepi ni.. copy paste dari HaSue jer sebab memang guna resepi ni pun. Sedap dan senang. Bagi yang tak pernah try pun boleh ikut dan mungkin selepas 2-3 kali try.. korang semua boleh buat jual pulak... Pernah jamu kat kawan opis.. dan memang ada pun yang nak order... hehe. Tapi sorry ler buat masa sekarang.. akak ni bz tahap gaban sekarang. Jadi tengok resepi dan try sendiri nanti,., ok.

Kat blog HaSue ni juga ada cara-cara teknik melorek tart ni... boleh la refer sendiri yer. Tak rugi kalau masuk blog dia ni

sebelum bakar

Comotnya,.. tapi tak per janji sedap. Gambar ni masa 1st try. dulu2

Macam2 design hasil creativity anak and mama


Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

HALAL KE TAK GOLDEN CHURN BUTTER?

Last month lagi dapat dalam FB, yang cakap butter GOLDEN CHURN ni tak halal, tapi tak berapa nak sahih lagi waktu tu. Tapi last week baru ler baca kisahnya di forum ratuhati.com so baru sah la cerita ni.

Menurut sumber, asalnya meraka dapat mengesan kehadiran sumber tidak halal dalam mentega tersebut, bila mereka melakukan pemeriksaan kes kopi kluang yang dikatakan ada bahan dari babi. 3 sample yang telah diambil, dan didapati kopi kluang digoreng menggunakan butter Golden Churn. Pengesahan ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Siap ada surat lagi dari JAIJ macam dalam post CMG MAT GEBU (copy yer cik Mat)

Tapi sekarang ni ada gak yang dlm pack 250g tu tulis Australian Pure Golden Churn... yang ni dari Australia ke? Boleh consider Halal ke? Entah la.. for the time being, better jangan guna.

Tapi butter ni sedap... Aku dah selalu guna.. Argghhhh... benci betul bila tetiba barang yg kita guna tetiba disahkan HARAM... tak boleh ker check sebelum masuk market. Yang dah guna ni...TENSION tau.. berapa banyak dah masuk dalam perut.. bukan perut aku jer.. perut anak2 pun sama. Aku la yang bertanggungjawab....mmmmmmm

copy dari CMG

New zealand Golden churn

Australian Golden churn...halal tak ni??

Tuesday, May 24, 2011

image from google

Failure should be our teacher, not our undertaker.

Failure is delay, not defeat.

It is a temporary detour, not a dead end.

Failure is something we can avoid only by saying nothing, doing nothing, and being nothing.

Denis Waitley


image from google
p/s: It is your choice either to grab success or enter failure.
Custard TeaCake

Source: Kak Ida & Che Mat Gebu
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega -hasue guna marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. :D)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.

3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

++ Copy n paste dari blog Hasue...

Kek ini dah lama dah buat tapi siaran tergendala jer nak masukkan kat sini. Kek ni sedap sebab ada custard filing tu. Kek ni pun kecil jer. Bagi yang nak jamu orang tu kena doublekan quantity untuk dapatkan kek yang lebih besar. Tapi kek ni memang sedap. Aku pun buat sebijik cam Hasue gak.. doublekan quantity filing sebab aku memang suka custard filing ni...


Gambar aku tak cantik sebab ambik dengan handphone jer.. sementara on computer nak men'tenet;.. lagipun ni jer yang tinggal untuk dingap...

Sunday, May 22, 2011

AKU TAK ADA KERJA

Sometimes keja  depan computer ni buat orang rasa kita tak ada keja. Boleh dikatakan 98% dari orang-orang yang di opis ini, cakap aku tak ada keja. Depa kata sebab tu aku boleh datang jam lapan, balik sharp on six. Dan aku..malas nak cakap, cukup ler aku habiskan keja aku jer. Kalau aku layan, layanan paling sempurna aku boleh bagi depa... amik kayu hantuk kepala depa sorang-sorang. So, untuk tak meleret ke kes polis, diam lebih baik.

"Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut DIAM!"

Tapi dalam hati rasa pelik juga sebab orang yang cakap tu adalah orang-orang yang selalu tak siap keja. Even keja dia on daily basis pun, tak habis jugak. Meeting sana sini, dari jam lapan sampai ke enam pun tapi satu effective step pun tak buat untuk selesaikan keja. Aku tak faham...

Dan orang yang cakap aku tak ada keja tu juga adalah orang-orang yang berkaitan dengan keja yang aku buat. Meaning, sebab aku punya requirement keja, aku terpaksa request depa buat keja depa. Keja depa tak habis, keja aku pun tergendala. Tapi apa yang aku dapat, "kitaorang sibuk tau tak, hangpa semua tak pa la, dok jer depan pc. Tadak keja lain." Bukan ke keja yang depa buat tu requested by me to finish my work? Aku masih tak faham...

Ada pula yang cakap, aku ni tak pernah buat OT (overtime). Sedangkan depa semua kena buat OT. Soalan aku... kena buat or hendak buat or memang terpaksa buat? Kena buat, sebab bos suruh buat... or hendak buat sebab dapat claim extra money... or terpaksa buat sebab keja tu tak sudah? Tepuk dada tanya diri sendiri... Aku lak.. OT tak leh claim. Cuti ganti datang keja lebih masa pun tak ada. Which employee yang sanggup datang keja kalau keja siap or masih tetap tak leh siapkan keja sebab orang lain tak siapkan keja depa? Tak guna datangkan. So still aku tak faham...

AKU TAK FAHAM KENAPA ORANG CAKAP AKU TAK ADA KEJA... tengok jer meja aku. Penuh documents untuk settle keja. Dan bilik document aku pun sampai tak cukup tempat nak letak document yang keja sudah settle. Dan aku sentiasa menghadap pc..ingat aku bukak Youtube ke??? Sendiri mau ingatla sebab semua social pages including FB and Youtube, administrator sudah blocked.  Jadi, apa aku buat depan pc dari kul 8-6... Sendiri fikir la.

p/s: Benci depa semua

Saturday, May 21, 2011

SATURDAY...REPORT CARD???

Baru jer balik dari sekolah tadika abang..ambil report card dia. Dari minggu lepas lagi bila dapat surat dari tadika suruh hati ni tak sedap jer. Maklum la waktu periksa hari tu pun, dia main-main jer. Sampai tanya periksa apa pun tak tau.

Tapi tadi sampai kat sekolah, semua cikgu.."Hai Farees. Kenal jugak semua cikgu dengan abang nih..kira popular la jugak. Jumpa cikgu kelas dia, Cikgu Rozi. Cikgu Rozi cakap Farees ni diam sangat di dalam kelas. Nak dengar suara dia memang payah...

Huhhhh... Apa???? Diam???? Kalau kat rumah la, sampai kena jerit suruh stop cakap. Pastu cakap pulak, volume paling tinggi, mungkin satu taman boleh dengar. Tak kira la kalau dia bercerita ke, nyanyi ke.. menangis ke.. adusss... volume tu rosak tak leh slow dah.. Tutup mulut pun kot... selang rumah 3-4 buah pun boleh dengar. Kat sekolah lak diam... Macam tak percaya jer. Betul ke dia ni... OOOO... pandai berlakon depan cikgu yer.

Mama masih tak berapa percaya abang boleh dapat 4A ...
Anyway.. tengok result periksa dia, nampak ok. Pendidikan Moral boleh dapat 100...ceheeeh... pandai nya. tak percaya bukan apa, sebab kalau di rumah la.. suruh baca buku - nangis, suruh buat kerja sekolah nangis...ntah bila masa ler masuk semua pelajaran yang cikgu ajar tu. Tapi science dapat 64.. mmm.. macam mana nak jadi doktor haiwan ni? Ni cita2 dia.. tak kaitan dengan mamanya ni sebab mama tak suka binatang. Pooh dengan teddy bear jer boleh jadi binatang peliharaan mama..hehe (or bantal peluk). Senang tak yah bagi makan.

Thursday, May 19, 2011

Family day off

Cuti Wesak Selasa lepas, bawa budak-budak ni pergi makan di kedai... Bukan selalu boleh bawa depa ni jalan-jalan so sempena cuti tu, bawa la. At least release tension jugak jalan-jalan ni.. lagipun mama ni nak beli baju untuk adik... banyak baju yang dah semakin kecil...hehe sebab adik dah semakin bulat.

Mula-mula, bawa ke Subaidah, restoren mamak di taman sejati. Abang tengok roti tisu, excited nak order. So dia order roti tisu, sama dengan kakak. Mama makan chapati dan Abah makan roti jala. Tapi bila sampai roti tisu... abang cakap tak mau lak.. nak kongsi dengan mama chapati...Lastly, mama dengan kakak jer la makan roti tisu tuh...uhukksss

Lepas shopping lak, si abang sibuk nak makan icecream. Terpaksa la singgah McD lak...hahaha...terpaksa ke tu??? Mama ni macam biasa ler ada burger wajib bila pergi McD. Doublecheese burger satu... apa sedapnya,..tak tau la. Tapi bila sampai kat McD sure order DCB...macam tak ada menu lain.

Apa-apapun..letih melayan budak-budak ni memang la satu hal..tapi Mama enjoy...Sayang anak2 mama


Abang ni bila ambil gambar dramatik sket

Action

Kakak cam biasa la control ayu

Adik boring sebab tak leh makan

Boring nya dia
 








 


 

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru...

google image

HAPPY TEACHER'S DAY! TO ALL DEAREST TEACHER IN THE WORLD.



Especially to my dear sisters... Kak Yong, Kak Yang, Kak Uda, Kak Cik.. Selamat Menyambut Hari Guru...Moga sabar dengan cabaran yang mendatang nak handle anak2 murid...
Era.. hehe..mungkin tidak ler nampak gayanya... nasib pun tak ada... asyik tak dapat jer. Mungkin jugak takut nak menghadapi masalah murid2 yang selalu kakak2 ceritakan... mungkin malas dah nak belajar bagaimana nak mengajar.. mungkin jugak tak mau berjauhan dengan anak2 untuk menjadi pengajar... Tapi mungkin semuanya sebab diri sendiri yang tak berapa mau dengan tittle sebagai GURU...

Sunday, May 15, 2011

Sami Yusuf - You Came To Me

Lagi lagu dia nih... enjoy...

Dengarlah Cerita Isterimu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dengarlah Cerita Isterimu iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah

Artikel Ustaz Fathi Yusuf  dari iluvislam

Wednesday, May 11, 2011

Aduss.... Sudah lambat la...

Waktu ni Abang Farees baru 4bulan, Kakak Fatin 2tahun

Semalam balik rumah, macam biasalah. Sibuk dengan adik… sekarang dah pandai memanjat, jadi susah sikit nak tinggalkan dia lama-lama. Budak darjah satu sekolah kakak ni sekolah petang jadi sambil tunggu kakak balik dari sekolah… mama ni sibuk la on apa2 yang patut.. kipas/aircond (semestinya sebab abang dan adik ni eczema, tak boleh panas/peluh langsung), masak air, prepare baju kakak dan abang nak pergi ngaji.. kelam kabut la sket..


Tak lama pastu.. lebih kurang jam 7.15, kakak pun balik. Terus bukak baju sekolah sebab cuaca pun panas. Dia selalunya laju jer keluar rumah tapi semalam tak pulak. Duduk dekat meja, panggil abang, tulis2 something. Bisik2 lagi. Mama tak peduli sangat.. terus mandi. Biarlah depa nak melukis ke, menulis ke,.. janji jangan gaduh jer.

Kemudian lepas solat, macam biasa jugak, suruh depa dua orang tu mandi sebab nak siap2 pergi mengaji… nak solat, nak makan pulak sebelum pergi… Makan pun beli ler.. sebab tak sempat. Balik pun dah pukul 7… nak tunggu kakak pulak, nak siap pergi ngaji kul 8.. jadi masak memang tak dan… masak meggi boleh la.

Dah siap pakai baju, lepas makan pun dah.. budak dua orang tu bagi satu kertas.. “Mama, Selamat Hari Ibu!” Sayang sikit…muah..muah. Baca ler kertas tu, ghuper nya dalam kertas tu tulis… SAYANG, HARI IBU.

“Hari Ibu lepas dah la”. Kakak jawap “Tapi kakak baru tau hari ni”. Hahaha lambat la.. tapi tak per..biar lambat asal selamat….hehe.Lagipun mama pun tak bagitau, kan. Ingat jugak la, depa dua orang tu kat mama yer.

Thank you very much, anak2 mama. I love u…

p/s: Mama janji nak buat kek, kan... kita tengok dulu yer....

Sunday, May 8, 2011

EMAK.. I Miss U

Dengan emak waktu raya 2007, last raya with her
Emak.. SUPIAH BINTI ABDULLAH, adalah orang paling penting dalam hidup aku. Walaupun emak dah tak ada sekarang ni tapi rasa macam dia masih ada jer. Even aku sebenarnya masih belum boleh menerima ketiadaannya. No. phone nya masih dalam phone aku sampai sekarang. Tak rasa nak delete nombor walaupun tahu ia tak dapat dihubungi lagi. Biarlah... kenangan.

Emak boleh dikatakan kategori tua dah waktu melahirkan aku.. sebab tu bila jalan dengan mak dan kak sulong aku... orang akan cakap kak yong tu mak aku dan mak tu opah. Apapun mak tetap mak la kan.

Emak masa hayatnya, memang selalu sakit. Macam-macam... seingat aku la.. mak masuk hospital ni sejak aku dulu belum boleh melawat orang masuk wad. Aku ingat lagi aku nangis giler2 sebab guard tu tak bagi aku masuk melawat mak. Waktu tu kecik lagi.. so nangis depan orang ni biasala. Sampailah akhir hayatnya pun di hospital...mmm.

Sebab ayah aku meninggal awal, masa umur aku 4 tahun lagi, jadi emak la segala-galanya dalam dunia aku. Memang aku ni susah sikit berenggang dengan mak. Adik beradik lain masuk asrama, aku masih dengan mak.  Masa lepas UPSR, aku dapat tawaran sekolah asrama pun aku tolak... Sorry la Ustaz Abd. Rahman.. sebab banyak berusaha untuk murid yang degil ni... bukan tak menghargai jasa baik ustaz yang tolong isi borang sekolah asrama sana sini untuk aku tapi waktu tu aku lebih menghargai masa aku bersama mak...hehehe. Jasa baikmu tetap dikenang, Ustaz.

Masa lepas Form 3, aku memang malas nak apply asrama. Masa lepas Form 5, sekali lagi dua tawaran ke IPT aku tolak... alasan aku... Nak cuba Form 6. Giler ke aku nih.. semua orang nak elak ambik Form 6 tapi aku lak, nak ambik. Tapi ada rahmatnya... sebab masa aku di Form 6, emak masuk wad lagi. Kali ni operate perut pulak... aku memang takut dengan operation tapi sebab mak terpaksa lah.

Aku mula masuk Form 6, aku masuk kelas Sains... tapi tukar ke kelas sastera. Terpaksa la.. lagipun banyak gak masa aku ulang alik hospital jaga emak. Jadi nak concentrate dengan subjek2 Sains.. i gave up. Tak boleh ikut la.. Kelas sastera jugak satu cabaran bagi aku, sebab aku tak pernah ambik kelas sastera dan ekonomi sejak Form 1. Tetiba nak belajar dalam masa setahun semua scope dalam subjek tu... wah... naik gila jugak la waktu tu...hehe. Tapi mungkin la berkat menjaga ibu tersayang ni... aku pass jugak semua subjek.

Tak percaya??? Nak aku scanned result STPM aku? Huh.. mimpi ler kome... Tak adanya pasai nak tunjuk kome semua result aku tu... Janji aku dapat 5P...hahahaha

Aku rindu sangat mak... Dulu masa dia ada, adalah jugak tempat aku ngadu... Even tak dapat respon yang dikehendaki pun tapi Mak is someone who listened carefully to every word I'd said... That was enough for me. Dan sekarang susah nak cari pengganti mak.. Mungkin sebab tu aku start blog ni.. who's know..

She's gone now.. but I still love her very much. Miss you mak. HAPPY MOTHER'S DAY!

p/s: On mother's day jugak, first time aku bawak laki aku jumpa mak...

Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY



Sami Yusuf - Mother (Arabic)


Blessed is your face


Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved


All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me


Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you


You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you


Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother


Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...


You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me



++ This song specially dedicated to my mother... i wish to say that to her... however, mak dah tiada lagi sekarang.

Sebagai pengganti.. this song specially untuk Ibu Mertuaku... Pn. Khasimah b. Udin. Semoga Mak Bahagia sempena hari ibu ini.

So sempena hari ibu ni, I dedicate this beautiful song to my beloved sisters, kak yong, kak yang, kak uda, kak cik, kak cu, kak ida, kak su'aida, kak ita dan juga kak tie... HAPPY MOTHER'S DAY! Dan semua kaum ibu yang kenal dan tak mengenali saya!

p/s: Nak buat entry fo my mother but soon... now, enjoy with the song first!

Thursday, May 5, 2011

Doa Khatam Al-Quran



Lately, my son selalu nyanyi sorang-sorang. Dulu selalu slow jer... sampai tak dengar apa dia cakap... tapi sejak akhir-akhirnya... Mak Toknya selalu datang ke rumah.. dia mula nyanyi kuat-kuat lak. Sampai tak boleh slowkan dah volume  tu.

Ni salah satu doa yang selalu dia nyanyikan. Tak kisah la lepas makan ke, masa tengok TV, masuk kereta, keluar kereta, kat dalam bilik air pun dia nyanyi gak...

Sempena Jumaat ni... entry agama sket...

FAME KIDS

FAME KIDS.. TERNAMPAK ENTRY DI BLOG KAK JER... KATANYA DARI MAMAFAMI TAPI TAK DAN LAGI SINGGAH BLOG MAMAFAMI... SO SESIAPA YANG NAK JOIN BOLEH REFER BAWAH YER.. SAMA2 KITA MERIAHKAN MAJLIS INI


Ikhsan dari http://www.scriptorybox.com/
Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.
dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/

Wednesday, May 4, 2011

Jokes...Release Tension

A woman walked into the kitchen to find her husband stalking around with a fly swatter.
"What are you doing?" she asked.
"Hunting flies" he responded.
"Oh! Killing any?" she asked.
"Yep, 3 males, 2 Females," he replied.
Intrigued, she asked. "How can you tell them apart?"
He responded,"3 were on a beer can, 2 were on the phone?.


*********************************************
Getting married is very much like going to a restaurant with friends.
You order what you want then, When you see what the other person has, You wish you had ordered that.


*********************************************
Man: Is there any way for long life?
Dr: Get married.
Man: Will it help?
Dr: No but the thought of long life will never come


*********************************************
Why do couples hold hands during their wedding?
It's a formality just like Two boxers shaking hands before the fight begins!


*********************************************
Wife: Darling today is our anniversary, what should we do?
Husband: Let us stand in silence for 2 minutes.


-*********************************************
It's funny when people discuss Love Marriage vs Arranged.
It's like asking someone, If suicide is better or being murdered.


*********************************************
It is difficult to understand GOD.
He makes such beautiful things as women and Then, he turns them into Wives.


*********************************************
Before marriage, A man will lie awake all night Thinking about something you say.
After marriage, he'll fall asleep before you finish.


*********************************************
There's a way of transferring funds That is even faster than electronic banking.
It's called marriage.


*********************************************
Girlfriends are like CHOCOLATES, Taste good anytime.
Lovers are like PIZZAS, Hot n spicy, eaten frequently.
Wife's are like Dhal RICE, Eaten when there's no choice.


*********************************************
Man receives telegram: Wife dead-should be buried or cremated?
Man: Don't take any chances. Burn the body and bury the ash.


*********************************************
Prospective husband:
Do you have a book called 'Man, The Master of Women'?
Salesgirl: The fiction department is on the other side, sir.


*********************************************
Q: Why dogs don't marry?
A: Because they are already leading a dog's life!


*********************************************
There was this guy who told his woman That he loved her so much that he Would go through hell for her.
They got married and now he is going thru hell.


*********************************************
Fact of life:
One woman brings you into this world crying & the other ensures you continue to do so for the rest of your life!


*********************************************


Funny? Dunno? What ever?

Sometimes people do think marriage is the worst could happen. Kita kan manusia.,.. manusia akan buat salah. Jika salah tolong tegur dan maafkan kesalahan tu.. kan habis cerita. If we can't expect life would be such a wonderful journey, why we want to expect more in marriage?

However, if getting marry would make people happy, not just the bride and groom but everybody else feel it too. Then why married make people cry? Unhappy with the person who once make you happy? Well, i don't really get it....

Macam si norh ni tulis dalam blog dia

"When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile"

Tuesday, May 3, 2011

ARE YOU STUPID?

Credit to google.com

Today, came across with this image... and i was like...AHHAHH... this is exactly happened in front of my eyes. And then, i was like... this is memorable sebab google ni macam tau2 jer apa ada dalam kepala aku.

Aku dok google quotation about works.. ingat boleh ler dapat sket sebanyak motivational quotes untuk aku menghilangkan kebosanan di opis ini. Tetapi lain pulak yang dapat...

Macam-macam ler, kat sini. Kekadang kita rasa kita ni dah perfect tapi sebenarnya kita sendiri pun bukan tau apa2 pun lagi. Akhirnya ternampak lah kebodohan yang nyata pada diri sendiri di mata2 orang yang melihat. Jadi, biar la depa nak buat apa pun, Janji kerja aku siap...Beres deh....

Ini satu lagi....

Life is tough, but it's tougher when you're stupid.
John Wayne
dari brainyquote

p/s: Stupid people making me feels stupid... and i sometimes feels like they are surrounded me...heeee...geli!

Monday, May 2, 2011

HARI PEKERJA

Hari ini baru la betul Hari Pekerja sebab cuti extra satu hari...hehehe. Walaupun kerja opis tapi hari bekerja memang hari yang betul2 memenatkan. Bukan saja minda tapi badan ni, naik lembik setiap kali hampir pukul 6 petang... (time balik ler). Letih di opis bukan macam letih di rumah. Letih di rumah, kita boleh la rehat. Tengok tv.. on computer, update blog ke, chat dengan kengkawan di FB or twitter... or main dengan anak2.. yang comel2 belaka di rumah.

Tapi letih di opis ni.. letih yang betul2 memenatkan. Mana tak penat. Masalah bukan masalah kita. Orang yang cari pasai. Then masalah tu kena kita settle sebab orang tu lepas tangan. Aduss.. tu yang seronok bila department yang create problem dok di tengah procedure. Cuma orang yang akhir yang akan menjawab akhirnya. Masalah depa seronok buat tapi lepas tu harap orang lain settle kan. Kan senang keja!!!!!!!! Orang lepas SPM pun boleh ambik post tu kalau perangai cam gitu... tapi dapat gaji berbelas ribu... Betul ke tak, ntahla. tapi itu lah yang di war-warkan oleh tuan punya diri... Gaji dia berbelas ribu walau baru setahun dok situ. Kerja tak seberapa.. cuma cari salah orang tu, salah orang ni. Ni yang buat orang2 cam aku ni tension jer perangai buruk manusia ni.

Tapi lantak la dia... cuma janganler letih aku sampai kat rumah pulak. Jangan ler ada juga macam orang tu di rumah... Kerja tak seberapa, mulut jer lebih... lastly... Goyang kaki. TENSION!!!!!!!!!!!.

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...