Kalau Mama Mati...



Kalau la anak korang cakap camtu dengan korang.. apa korang nak jawab? Aku masa tu..... terkedu, tergamam, terkelu, clueless nak jawab! Ahhh... anak... jgn ler buat soalan bombastik sangat.

Ceritanya cam ni... Anak aku Farees ni memang byk cakap bila kat rumah. Macam2 dia nak tanya... macam2 dia nak cerita... menjerit la, melompat la. Tapi bila depan orang... suara pun tak dengar.

Last weekend, masa tu tengah dia syok tengok cerita fave dia 'Upin & Ipin'. Aku cam biasa ler... main2 dengan adiknya. Baru 7bulan, bukan reti apa lagi. Asyik nak main jer.

Kebetulan pulak ada scene upin & ipin ni pergi ziarah kubur parent depa... Then tetiba jer Farees ni cakap "Kalau Mama Mati, abang mesti pergi kubur mama, baca doa.. tapi abang mesti nangis". Huh?????!!!!! Apa dia? Dalam kepala aku ligat ler nak cari apa aku nak cakap dgn anak aku ni. At last, the only thing came out just "Sebab apa?"

"SEBAB ABANG SAYANG SANGAT MAMA".... Jawapan ikhlas dari budak 4tahun... bulan 10 tahun ni baru cukup umur dia 5 tahun... Dan aku terkedu..... And deep down in my heart, i cried. 'Thank You' and to abang Farees... I love u so much too.. dear!

Kalau dulu aku berazam nak makan banyak tahun ni.. tapi then ubah sket la azam aku tu... It is better to take care myself first... Kesihatan No. 1.. so dengan izinNya, masa aku dengan anak2 tersayang akan lebih panjang... AMIN.

p/s: Emo ler sekejap. Dari kecik, tapak kaki besar tu mak bapa jaga mesti la perasaan bercampur aduk bila cakap pasal mati

Comments

AYU ALUDRA said…
pandai budak2 la ni :)
terharu baca ni tau era

Popular posts from this blog

SAKIT ITU RAHMAT, DUGAAN ITU NIKMAT

Kejahatan Ibu Bapa Terhadap Anak

Jangan terpedaya dengan produk tiruan @ tidak berdaftar