HAVE A HAPPY DAY FOR DIWALI
Satu kebiasaan di Malaysia, mengucapkan Happy Deepavali, Happy Chinese New Year ada satu kelaziman untuk semua kerana negara kita yang bermasyarakat majmuk. Sah-sah ramai kawan-kawan kita daripada golongan India dan Cina.
Jadi bila sampai waktu hari kebesaran mereka, kita sinonim untuk merai kan sekali perayaan mereka. Aku juga begitu. Namun, sejak akhir-akhir bila masa acap kali dikhabarkan tentang menyambut Valentine itu HARAM, terus terfikir apakah selama ini menyambut Deepavali or Chinese New Year juga tidak dibenarkan?
Sesungguhnya kita tahu perayaan seperti Deepavali dan Chinese New Year adalah untuk meraikan tahun baru mereka, yang ratanya menyelitkan kisah-kisah kejayaan Tuhan/Dewa mereka.
Untuk mengurangkan rasa resah & curiga ini, google adalah tempat rujukan utama sekarang.
Informasi daripada http://syurganeraka.com/hukum-sambut-tahun-baru-cina/
Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka
:
Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan
mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula
yang mengharamkan tindakan ini.
Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam
kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan
adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir
adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa
mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau
sebagainya).
Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan
ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah
kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan
kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil
kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)
Namun, perlu di ingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu
ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi
semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka.
Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan
sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’
yang telah ditetapkan.
Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang
menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun,
dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama.
Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat
penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikuta:
- 1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang
dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita
turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.
- 2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka
dengan syarat bukan disebabkan kita berasa gembira dengan perayaan ini tetapi
hanya ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.
Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam
mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini
perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang
indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.
Juga dipetik daripada laman http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77
1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun
“congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan
barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (
The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (
Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut
‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar
‘selamat hariraya’ atau
‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.
p/s: Moga kita tetap menjaga akidah kita dan masih kekal bersahabat baik dengan semua umat manusia. Deepavali tahun ini dihabiskan dengan bercuti 5 hari ... Sabak Bernam here I come.