Tuesday, October 25, 2011

Happy Birthday Yang ke...

HAPPY BIRTHDAY TO ME..

hehe... Tetiba lak terasa nak ucap sendiri. Sendiri pun tak berapa ingat sebenarnya. Teringat esok Deepavali lebih sebab cuti. Sehari pun tapi sebab cuti, terasa seronok jer.
Tapi malam tadi, Abah cakap nak belanja esok. Tanya abang dengan kakak nak makan apa. Tapi budak2 kan, dua2 pilih jawapan yang sama... Nak beli kek!. Tengok jer la macam mana kek aku dapat tahun ini lak.

Azam apa bila umur meningkat ni?

+ Nak pergi umrah
+ Nak tambah saving (untuk masa depan anak2 jugak)
+ Doa la anak2 eczema aku sihat

Monday, October 24, 2011

BW


JUST ADA MASA NAK BW JER ARINI... MOOD NAK UPDATE TAK ADA... UHUKS

Friday, October 21, 2011

TGIF!



Pejam celik.. pejam celik, dah Jumaat dah. Cepatnya masa berlalu. Seronok melalui hari Jumaat sebab esok lusa, kita cuti. Best ler dapat dok rumah walaupun keja di rumah lagi banyak dari di opis ni!

Dalam seronok2 tu ada gak la yang tak seronok nyaa... Pagi2 dah kepala berdenyut2.. Audit tak abis lagi.. tapi audit tak berapa kisah.. cuma ada jer la malaun2 di opis ni yang buat aku geram.

Semalam dah bising dah.. bertekak dah dengan seorang manusia ni. Nak suruh aku buat kerja, ok. Aku pun faham. Tapi masalahnya dia yang tak buat kerja dia. Kerja dia punya la takut nak bagitau.. macam ler aku heran sangat! Even kerja dia dengan duit sekali pun,. ada ke aku heran. Tak heran la dengan duit company riban-riban..Duit aku, aku heran ler.

Ada ke patut, barang nak sampai next week, arini bagitau nak import permit. Hang ingat import permit photocopy kat kedai photostat ke? Dah la tu.. satu documents pun tak ada. Macam mana nak proceed application??? Next week nak bagi docs, next week nak apply, next week gak nak approval. Gila kerja dengan orang gila ni!!!!!!

Bila cakap, MUNGKIN tak boleh dapat. Dia lak naik angin kat aku! Siap cakap aku pi opis tidoq!!!!!!!!!
Ayoo, ingat hang sorang boleh naik angin. Hang tak sedar ke dengan sapa hang cakap! Dengan AKU, yang satu company tau dah hangin aku camner! Sekali kena tengking, sedih bukan main ler... sampai hantar email cc semua orang. Ingat aku tak boleh reply email yang hang cc kat semua orang tu ke? Silap banyak ler hang cc kat bos hang sekali.

Malas ler nak cerita kejadian seterusnya. Hakikatnya, ada orang diam bukan sebab takut! Orang mungkin diam sebab dia tak mau bising2... Bising2 nanti bos korang tau yang korang tak buat kerja. Bila bos tau, hangpa jugak yang kena. Rahsia sangat ler sebab nak nama kot... bila benda yang diorder sampai bos korang puji melambung ker?Kerja yang sepatutnya korang buat pun nak dapat nama ker? I don't understand! then tetiba...And don't blame it on me. I'm just doing my work too...hahaha

p/s: terkezut kot bos dengar sora aku tinggi, even aku tau auditors ada di bilik sebelah

Thursday, October 20, 2011

mmmmm....hukss...hukss

Hidung dah berair, mata dah berpinar, telinga dah berdengung, tekak dah mula sakit... pipi pun dah panas.. badan dah tak larat... seram sejuk jer rasanya...kepala dah berpusing..uhuk...hhukkk..hisss...hisss.... adusss... jangan la demam!

Tuesday, October 18, 2011

AUDIT...KEZUTAN...

AUDIT!!!!!!!!!! 
Satu benda yang menakutkan kalau kat tempat kerja aku.. semua orang start keluh resah bila dengar jer orang nak datang audit...

Yang mengejutkan auditors akan datang pada hari rabu... cukup2 sehari jer QA/QC Sr. Manager berangkat menunaikan Haji. Pandai betui depa pilih time... nak bertuah sungguh la Sr. Manager dapat lari dari auditors tahun ini.

Aku??? Cuak ke? mmm... cuak ler kalau nak mintak documents dari department aku.. dah la banyak kerja pending sebab tak cukup doc. Kekadang macma benci nak buat kerja sebab kerja yang diplan nak siap.. tak siap sebab pending dari orang lain. sehari sibuk macam ngan apa tapi last2 satu pun tak abis. Dapat doc, tetiba check pun salah... return balik... then tak tau bila nak siap satu2 kerja. Seminggu dua baru leh tutup satu chapter kerja. Tu yang makin lama, makin menimbun kerja atas meja.

Plan untuk audit ni... Redah jer! Nak tension pun tak guna. Point mesti ada... cuma nak tau criteria apa jer.. Major? Minor? Critical? Terpulanglah pada kebijaksanaan auditors..(hehehe). Anyway, department aku sebagai host... Apa kebendanya tu? Lain kali datang training on time yer untuk tahu tugas2 yang menunggu anda...

p/s: Sapa la yang kena pulak...

Sunday, October 16, 2011

HARI INI...

Hari ini lapang sikit hari aku tapi blog ni masih tak terupdate... sebab apa la hari lapang aku... aku tak ada idea nak start menulis. Kepala masih bengang dengan semua kejadian yang menimpa.. tapi pada aku itu semua dugaan. Kena hadapi dengan tabah.

Ada banyak benda nak diceritakan. Tapi satu pun tak jadi...bila start menulis, ada jer benda yang mengganggu. Ada lagi sotong yang masih di atas dapur,,, jadi stop dulu entry kali ini... beri tumpuan pada masakan lunch aku dulu. Fatin pun dah bersiap nak ke sekolah... Katanya, arini dia exam... jadi GOOD LUCK, dear. Buat baik-baik semua kertas periksa.

Gambare, Nur Fatin Zuhairah.

Monday, October 3, 2011

IT'S MONDAY...

MORNING, Everybody...

"What do u mean morning? It's monday!!!!!!!!!!!"

Hope that I'm still on bed - dreaming, Hope that I'm still at home relaxing - dreaming, Hope that I'm watching tv instead this boring work - dreaming.

I'm still dreaming. It is another boring MONDAY.

Credit to google.com

Sunday, October 2, 2011

KEMBALI...

Hari tu si norh seriastana tanya bila nak update blog (lihat sini)... Jawapannya, kalau boleh setiap hari tapi keadaan tak membolehkan. Mood dan tenaga tidak membolehkan untuk berblogging. Nak tunggu masa mungkin masa tak akan tunggu kita...

Hakikatnya, terlalu banyak kerja menimbun di opis. Bila balik, rasa macam nak tenggelam timbul settlekan anak2 yang sekarang ni ada masalah kesihatan pulak... Jadi mood tu hilang... tepat jam 10.30pm... tenaga tak larat dah nak buat apa. Otak pun tepu.

Pagi pun berebut dengan persiapan budak2 ni termasuk persiapan kerja mamanya sekali.

Jadi, norh seriastana, tunggu nak settle down dengan kerja2 peninggalan Si Z tu, sebelum boleh blogging semula... terlalu banyak info nak kena masuk dalam kepala ni... Jadi takut hard drive kong... jadi kebanyakkan masa berblogging dan berblogwalking dulu, kita terpaksa guna untuk istirehat... sebelum HD ni masuk klinik untuk jangka masa panjang sebab terkena virus yang tak dikehendaki...hehehe

p/s: Sabar jer laa

Wednesday, August 3, 2011

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

Dapat email dari kengkawan tentang perkara ni. Payah la sekejap halal sekejap dak

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan kek Sarawak. Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya
 
 

Saturday, July 23, 2011

100 Posts

Macam tak percaya jer even dengan masa yang kekurangan begini.. sampai jugak la ke 100 posts (100 posts ). Orang lain dah beratus-ratus post walaupun mula lambat dari aku tapi aku ni ada jer halangannya masa nak menulis.

Mungkin la ada orang yang kata aku tak pandai bahagikan masa. Semua tu cuma alasan. Luangkan masa 10 minit pun boleh update blog masing2... ye la mungkin juga aku yang malas. Tapi priority tetap keja and family. Masa yang terluang jer boleh penuhkan dengan blogging. Dan kebanyakkan masa aku terisi dengan aktiviti dengan anak2.

Nway, Congrat to myself.

So biarlah orang nak kata apa... Janji aku tetap bahagia dengan cara aku. "Inilah caraku"..teringat lak lagu NICO zaman muda remaja dulu.


ehsan google images.

Tuesday, July 19, 2011

BW

ehsan google images

Ni saja yang mampu aku buat sejak dua menjak ni... Kesihatan masih tak boleh meneruskan idea yang merewang-rewang dalam kepala ni. Tangan2 dan sendi2 jari ni tak menyenangkan untuk menaip lama. So blogwalking jer la... Akan kutinggalkan jejak di blog2 kengkawan... tu jer la yang mau ku katakan.

Friday, July 8, 2011

Green Day - 21 Guns (Video)




21 Guns lyrics


Songwriters: Armstrong, Billie Joe; Bowie, David; Pritchard, Michael; Wright, Frank E., Iii;

Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul

Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire

Like a liar looking for forgiveness from a stone?
When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

[ From: http://www.elyrics.net/read/g/green-day-lyrics/21-guns-lyrics.html ]


p/s: To Shima , we are in ruins. I give up the fight. Just wanna to leave it all and let them be in-charge. Do what you must and what is mustn't... give back to them to think.

Wednesday, July 6, 2011

STRESS NYA HIDUP KERJA



Awat la mood masih tak berapa elok. STRESSSSSSSSSSSSSS.

Dengan aircond yang sejuk semacam di opis ni semakin hari semakin nak demam jer rasanya. Baru ganti 2 minggu tapi rosak lak nak adjust temperature. 16 Celcius?????????????????  Sejuk sangat la. Sapa la order aircond rosak kat opis ni.

Tak kisah ler.. demam2 pun keja kena buat. Kat rumah semakin sibuk sebab se kecik semakim lasak. Panjat sana sini.. abang tak leh harap lagi. Makin adik panjat, makin dia pun lompat (suka bukan main adik dah boleh memanjat cam dia) Kakak lak balik sekolah petang, nak siapkan pergi ngaji pulak. Lepas ngaji kena lak siapkan kerja sekolah yang kekadang berlambak-lambak. PENAT. Rutin hidup makin pantas. Aku sendiri pun kena cepat bergerak.

Kat opis pun sama. Dengan kebizian dan kekalutan untuk preparation audit dan filing. Dengan masalah2 orang2 yang semakin lama semakin tak comply dengan GMP. Dengan masalah orang2 baru yang mempersoalkan SOP. Pening nya kepala. Makin demam pulak setiap kali sampai opis. Tapi keja tetap keja. Keja kena buat. Kalau tak buat, kita yang salah. Itu amanah yang sepatutnya kita pegang sebab kita yang terima untuk kerja tu. Tanggungjawab yang kita ambil bila kita terima offer kerja ni. Susah ke tak kena buat jugak.  Tapi nak ke opis pagi2, aduhai....malasnya. Nak melaram, idak ler... pakai jer baju yang ada... melaram cuma bila keluar dengan suami..hehehe (ye ler tuh.... kekadang dengan dia pun pakai jer apa yang sempat)

Tetiba teringat lagu Sudirman lak.. Punch card.

Sudirman - Punch Card Lirik

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja mesti pantas

Pakai apa saja yang tercapai oleh tangan

Di hadapan cermin jangan lagi nak berangan
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja
Punch Card, o cepat X 4

Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu

Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku
Punch Card, o cepat X 4

 (CNP from blog : http://salmiahehehe.blogspot.com/2010/06/sudirman-punch-card.html

p/s: Memang sebijik cam keadaan aku sekarang ni..hehe. Pandai ler arwah sudirman ni buat lagu yang memang kena dengan kehidupan masyarakat sekeliling. Dan aku masih Stress

Saturday, July 2, 2011

PENDING MOOD

Ada banyak nak cerita dan nak update tapi mood masih tak berapa ok. Dengan demam yang on off ni, mood nak menulis pun kurang. Tambah lak akhir bulan yang havoc macam ke hapa jer... tension tak sudah akhirnya.

So semua masih pending... tunggu mood ok dan ada masa dok lama sket depan pc. Cakap pasai pc pun, pc pun lembap semacam jer. Mungkin virus melanda jugak ke pc ni... kena scan jugak pc ni.


Friday, July 1, 2011

JANGAN BAYAR BIL ASTRO

Kabinet tidak luluskan permohonan Astro naikkan tarif perkhidmatan

bharian.com.my 1-7-2011

2011/07/01

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini. "Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA
 
 
++++ GOOD NEWS+++ SO BULAN NI JANGAN BAYAR ASTRO

Thursday, June 23, 2011

MC DAAAA....

Hari ini, terpaksa MC. Bangun pagi tadi tetiba sakit kepala teruk sangat. Kemudian badan sakit-sakit lak. Kepala pusing, badan lenguh2... masuk bilik air, muntah-muntah lak. Mungkin angin la.. or mungkin badan memang sampai takat dah... masuk la musim tak larat ni.

Lagipun mungkin juga sebab aircond kat opis tu yang sejuk giler... Angin jer dah tak boleh dok dah kat meja... Pakai ler baju sejuk tebal pun, tangan & kaki masih macam masuk fridge. Dasat sungguh aircond baru tu... Aircond kat opis rosak dah lama dah.. dah bertahun2 kitaorang panas tapi bila dapat aircond baru, mak oii... sejuk la pulak. Bila tengok aku, ada la sorang tu cakap aku ni dah macam 'approching winter'. Cuba hang dok tempat aku, baru la hang tau winter ke tak.!!!

Tapi tak pa aku leh rehat...hahaha mimpi ler sebab dari kul 8 tadi selepas hantar anak2 ke nursery, aku masih buat kerja non-stop... ni baru stop sebab nak pi klinik. Tapi on pc dulu, then mula lak menaip apapantah ni... akhirnya aku tetap tak rehat gak nanti.

Tuesday, June 21, 2011

5S---- Apa dia????

Hari ini 21 Jun 2011, tak tau mimpi apa ntah, tetiba jer buat 5S. Apa dia 5S tu. Rata2 orang tau (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke). Sapa yang kerja kilang macam aku ni sure tau la apa dia 5S tu. Memang berguna la, even untuk kehidupan seharian ni.. tambah2 lak tempat yang berserabut tu. Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Siapa yang tak mau tempat duduk kemas dan selesa.

Dan arini dalam sejarah, aku mengemas meja aku. Bagi clear semua document... even banyak documents yang aku perlu tapi disebabkan beberapa suara sumbang, aku pun berkemas ler arini. Tak percaya boleh tengok gambar meja aku sekarang.

Clearkan. Sampai aku sendiri pun tak caya ler ini meja aku,. Bukan apa. Meja budak2 regulatory ni memang berserabut dengan documents. Kebanyakannya document atas meja kitaorang bukan untuk filing... kebanyakan keja2 tak siap yang mesti disudahkan. Kalau buat filing nanti tak ingat. So kebiasaan, seleraklah meja dengan document2 pending ni. Even budak paling suka berkemas kat opis aku pun meja dia penuh timbunan2 kertas2.

Dulu, meja aku cam ni la... sorri le fren (sebab ni meja dia, hahaha). Ni sebagai contoh untuk korang bayangkan sebelum kerja2 mengemas aku start. Selerak, serabut kan (SS lagi..). Aku sebenarnya lupa nak amik gambar sebelum.. so meja member aku jadi mangsa ler. Tapi meja atas tu aku yang punya..ok.

Actually tipu jer.. ngelat buat 5S. Aku punya 5S adalah Sisih Sembunyi Simpan  Semua Sorok. Hahaha... 5S gak kan.. sebab tu boleh clear dalam masa sejam...Tapi jangan pandang sebelah mata.. sekurang2 ada 1S jugak.. Sisih.

Doa aku,.. maintain ler sampai sebulan sekurang2nya. Boleh maintain.. confirm boleh maintain tapi tolong ler jangan bagi kerja kat aku dalam masa sebulan ni. Sebab... sebab... bila ada kerja, ada document. Ada document  tak ada 5S dah ler...uhuksss

Wednesday, June 15, 2011

Happy Advanced Father's Day...ABAH

Last Friday, masa Fatin dok sibuk mengkaler paper (ntah apa ntah dia lukis)... Mama tanya: Kakak buat per?

"Kakak buat kad."
"Untuk Saper"
"Tak ada apa-apa.. Saja jer"

Pastu Mama terus dapat idea. "Kakak tau tak, next week Father's day. Kakak buat kad untuk Abah, nak tak?

"Father's day tu apa?"

"Hari bapa. Untuk celebrate Abah, macam kakak celebrate Hari Guru kat sekolah dulu."

"Nak..nak.. kakak nak buat kad untuk abah"

Jadi, petang tu pergi tesco beli barang rumah, terus belikan kad2 warna warni untuk kakak. Balik rumah dah tak sabar dah dia nak buat, even mama ni kelam kabut dengan adik. Kebetulan pulak dekat dah waktu sembahyang nak habis... Lepas solat, terus prepare dinner untuk semua. Lepas tu la baru ada peluang nak berkreatif.

Pengarah kreatif mesti la MAMA kan. Tukang gunting, tukang kaler...kakak ler. Abang menyibuk gak nak buat tapi lepas makan terus tido.. tak sempat nak buat apa. Jadi, untuk abang terpaksa la pengarah kreatif jer yang buatkan.

Kakak decide buat bunga. Abang pulak, Mama pilih theme animal, sebab abang suka binatang kan. macam kakak memang dah ada idea sendiri nak buat bunga. Mama ajar sat jer terus dia yang buat sendiri. Bila dah potong lekat ikut suka hati dia ler. Abis lekat tu, dia mintak buat reben... Ayoyo..mama lak tak reti ler buat reben guna kertas. Try 2 - 3 kali tak jadi elok, last2 ambil reben betul. Ambik ko...Senang citer. Tulis lak, kakak suruh tuliskan sebab tulisan dia tak cantik..hehehe

So, hasilnya.... (Mama terpaksa adjust sket bagi nampak elok sket) Anyway, Kakak punya kad dah cantik dah.

Untuk Abang, Mama buat semua kecuali kaler. Esok pagi, dia bangun.. Mama suruh dia kaler dan tulis nama dia. Hasilnya.. ok ler untuk budak 5 tahun yang memang malas nak pegang pensil ni...hehe

Hasil kreativiti Fatin & Farees untuk Hari Bapa

Yang ni abang punya. Luar gambar gajah

Dalam lak gambar ikan

Yang ni kakak Fatin yang punya!!

Budak pompuan mesti ada bentuk love--love ni

Kad dah siap... Ingat plan untuk weekend ni sempena Hari Bapa. Tapi excited nyer pasai.. Pagi tu jugak depa bagi dah kad ni... So Abah..Happy Advanced Father's Day. We Love U...

Tuesday, June 14, 2011

Berlambak.....Malas

Masih di dalam edisi M....

Kemalasan yang melanda bukan disebabkan tahap kerajinan yang kurang cuma terlalu banyak kerja2 lain yang terpaksa dibereskan.

Balik dari KL, dengan cuti 4 hari... Kerja2 di opis berlambak2. Nak catch, mungkin terpaksa tidor opis seminggu baru sudah. Jadi kena buat apa yang termampu.

Balik rumah pulak, rumah macam tongkang pecah. Baju2 balik dari KL saja pun tak berlipat lagi, baru sempat basuh je. Berlambak jugak nak siapkan ni. Musim cuti sekolah pun dah habis. Dengan fatin pun setiap malam mula sibuk mentelaah kerja sekolah dia. Kalau tak for sure dia tengok tv jer... tak siapkan kerja sekolah cikgu bagi. Dengan abang pun sama. Kerja tadika pun berlambak jugak.

Kesimpulannya... aku masih kepenatan

Thursday, June 9, 2011

I'm coming home

I'm back. Not back to online journal just back to Sungai Petani, my home.

Mood..masih moody... tenggelam timbul dengan perasaan seronok bercuti yang masih tak habis-habis lagi.. disulam pulak dengan mood tak seronoknya nak buat kerja2 harian. Dan yang paling tak seronok adalah waktu pagi nak pergi kerja.

Wah, sekarang bukan main malasnya. Nak kata cuti lama.. tak jugak. Bukan cuti bersalin pun... Kalau cuti bersalin mungkin la kan... tapi ni cuti 3 hari jer..

entahlah...tapi ada banyak benda nak cerita kat sini..kena tunggu. Meter mood masih di aras low. Tambah lak dair petang tadi sakit kepala.. loya2..(aihh...ada apa2 ke nih?) Jangan ler anak bari nak belajar berjalan ni.

chow dulu...

Thursday, June 2, 2011

AWAY

Going back to hometown... Yeah..Yeah..Yeah!

Cuti sampai 7hb, nak bawak anak2 jalan-jalan ronda kotaraya. I will be leaving tomorrow... mungkin pagi sebab kenduri akad nikah Mushareffa Beck, my lovely cousin akan dibuat sebelah petang. So here i go..Effa... jangan ketaq lutut yerrr,... hehehe

Dan adik beradik ku sekalian... I'm coming home too.

Wednesday, June 1, 2011

Thoughts of you...

Watch your thoughts, for they become words.



Watch your words, for they become actions.


Watch your actions, for they become habits.


Watch your habits, for they become character.


Watch your character, for it becomes your destiny.


-- Author Unknown

 
p/s: Better watch yourself, for it becomes YOU... guest so.
 
Sometimes kita rasa kita betul tapi orang kata kita salah.  Tapi ada juga masa kita rasa kita salah tapi orang cakap 'don't worry, bukan salah kita'. Sometimes kita rasa kita bagus, tapi orang pulak cakap kita teruk. Sometimes bila ada masa kita rasa teruknya hidup, but there is always somebody says, 'Be happy, ada ramai lagi orang teruk dari kita'.
 
Happy, sad, down and up... it definitely life. Because you're living that only you can feels.
 
Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.



-- Confucius


p/s lagi: Sebelum melalut lagi teruk..ends,,,,,,,,,,,,,,,,,

Friday, May 27, 2011

Sahara..Nyaman Segar

Hari ini aku bertemankan minyak HPA Sahara seharian. Sakit kepala tak sudah dari kelmarin lagi. Badan seram sejuk, kepala bengang jer, tekak sakit, hidung sumbat, badan pun lenguh-lenguh. Tapi apa pasal la aku pergi kerja hari ini. Tensionnya. Nasib baik tak ada orang yang kacau aku sangat hari ini. So boleh continue kerja aku jer...

Semalam pun dah pergi klinik dengan Cik zue. Dapat la ubat macam-macam yang tak sepatutnya aku dapat. Bagi ler MC doktor. Ni bagi ubat mengantuk camni aku nak pi keja camner? Doktor ni pun la...

Sib baik ler ada minyak angin. Minyak Sahara ni Kak Zaini, ofismate aku kenalkan. Dulu guna minyak angin cap kapak jer tapi entah macam mana leh tukar lak ke minyak ni. Try ler dulu. Ok ler.. nak bagi baik 100%, tipu sangat la. Kecuali la ada orang tolong urutkan 2-3 jam badan ini mungkin la boleh lega, kan. Cuma ok la buat penghilang sakit-sakit buat sementara. Layak la untuk teruskan duduk di kerusi ni sampai kul enam petang.

Terima Kasih ler minyak ni.... teman aku untuk maintain duduk kat kerusi opis ni..hehehe


p/s: Pening lagi ni. Sakit badan, sakit kepala. Balik nak tidor terus.

Thursday, May 26, 2011

Absolutely right!

Anyone who has lost track of time when using a computer knows the propensity to dream,
the urge to make dreams come true and
the tendency to miss lunch.


Tim Berners-Lee

p/s: Hehehehe... most probably talking about me.

Wednesday, May 25, 2011

CHEESYYY TART... YUMMY

Cheese tart ni sebelum ni favorite aku.. tetapi sekarang dah jadi fave anak pulak. Seperti mana yang pernah aku cakap dulu.. i loooooveeeee cheese. Semua resepi ada cheese kalau boleh nak buat. Dan anak aku sorang ni pulak.. panggil tart ni, kek yang ada lukis-lukis tu...hehehe...popularnya nama dia bagi, kan.

Jadi share dulu resepi ni.. copy paste dari HaSue jer sebab memang guna resepi ni pun. Sedap dan senang. Bagi yang tak pernah try pun boleh ikut dan mungkin selepas 2-3 kali try.. korang semua boleh buat jual pulak... Pernah jamu kat kawan opis.. dan memang ada pun yang nak order... hehe. Tapi sorry ler buat masa sekarang.. akak ni bz tahap gaban sekarang. Jadi tengok resepi dan try sendiri nanti,., ok.

Kat blog HaSue ni juga ada cara-cara teknik melorek tart ni... boleh la refer sendiri yer. Tak rugi kalau masuk blog dia ni

sebelum bakar

Comotnya,.. tapi tak per janji sedap. Gambar ni masa 1st try. dulu2

Macam2 design hasil creativity anak and mama


Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

HALAL KE TAK GOLDEN CHURN BUTTER?

Last month lagi dapat dalam FB, yang cakap butter GOLDEN CHURN ni tak halal, tapi tak berapa nak sahih lagi waktu tu. Tapi last week baru ler baca kisahnya di forum ratuhati.com so baru sah la cerita ni.

Menurut sumber, asalnya meraka dapat mengesan kehadiran sumber tidak halal dalam mentega tersebut, bila mereka melakukan pemeriksaan kes kopi kluang yang dikatakan ada bahan dari babi. 3 sample yang telah diambil, dan didapati kopi kluang digoreng menggunakan butter Golden Churn. Pengesahan ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Siap ada surat lagi dari JAIJ macam dalam post CMG MAT GEBU (copy yer cik Mat)

Tapi sekarang ni ada gak yang dlm pack 250g tu tulis Australian Pure Golden Churn... yang ni dari Australia ke? Boleh consider Halal ke? Entah la.. for the time being, better jangan guna.

Tapi butter ni sedap... Aku dah selalu guna.. Argghhhh... benci betul bila tetiba barang yg kita guna tetiba disahkan HARAM... tak boleh ker check sebelum masuk market. Yang dah guna ni...TENSION tau.. berapa banyak dah masuk dalam perut.. bukan perut aku jer.. perut anak2 pun sama. Aku la yang bertanggungjawab....mmmmmmm

copy dari CMG

New zealand Golden churn

Australian Golden churn...halal tak ni??

Tuesday, May 24, 2011

image from google

Failure should be our teacher, not our undertaker.

Failure is delay, not defeat.

It is a temporary detour, not a dead end.

Failure is something we can avoid only by saying nothing, doing nothing, and being nothing.

Denis Waitley


image from google
p/s: It is your choice either to grab success or enter failure.
Custard TeaCake

Source: Kak Ida & Che Mat Gebu
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega -hasue guna marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. :D)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.

3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

++ Copy n paste dari blog Hasue...

Kek ini dah lama dah buat tapi siaran tergendala jer nak masukkan kat sini. Kek ni sedap sebab ada custard filing tu. Kek ni pun kecil jer. Bagi yang nak jamu orang tu kena doublekan quantity untuk dapatkan kek yang lebih besar. Tapi kek ni memang sedap. Aku pun buat sebijik cam Hasue gak.. doublekan quantity filing sebab aku memang suka custard filing ni...


Gambar aku tak cantik sebab ambik dengan handphone jer.. sementara on computer nak men'tenet;.. lagipun ni jer yang tinggal untuk dingap...

Sunday, May 22, 2011

AKU TAK ADA KERJA

Sometimes keja  depan computer ni buat orang rasa kita tak ada keja. Boleh dikatakan 98% dari orang-orang yang di opis ini, cakap aku tak ada keja. Depa kata sebab tu aku boleh datang jam lapan, balik sharp on six. Dan aku..malas nak cakap, cukup ler aku habiskan keja aku jer. Kalau aku layan, layanan paling sempurna aku boleh bagi depa... amik kayu hantuk kepala depa sorang-sorang. So, untuk tak meleret ke kes polis, diam lebih baik.

"Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut DIAM!"

Tapi dalam hati rasa pelik juga sebab orang yang cakap tu adalah orang-orang yang selalu tak siap keja. Even keja dia on daily basis pun, tak habis jugak. Meeting sana sini, dari jam lapan sampai ke enam pun tapi satu effective step pun tak buat untuk selesaikan keja. Aku tak faham...

Dan orang yang cakap aku tak ada keja tu juga adalah orang-orang yang berkaitan dengan keja yang aku buat. Meaning, sebab aku punya requirement keja, aku terpaksa request depa buat keja depa. Keja depa tak habis, keja aku pun tergendala. Tapi apa yang aku dapat, "kitaorang sibuk tau tak, hangpa semua tak pa la, dok jer depan pc. Tadak keja lain." Bukan ke keja yang depa buat tu requested by me to finish my work? Aku masih tak faham...

Ada pula yang cakap, aku ni tak pernah buat OT (overtime). Sedangkan depa semua kena buat OT. Soalan aku... kena buat or hendak buat or memang terpaksa buat? Kena buat, sebab bos suruh buat... or hendak buat sebab dapat claim extra money... or terpaksa buat sebab keja tu tak sudah? Tepuk dada tanya diri sendiri... Aku lak.. OT tak leh claim. Cuti ganti datang keja lebih masa pun tak ada. Which employee yang sanggup datang keja kalau keja siap or masih tetap tak leh siapkan keja sebab orang lain tak siapkan keja depa? Tak guna datangkan. So still aku tak faham...

AKU TAK FAHAM KENAPA ORANG CAKAP AKU TAK ADA KEJA... tengok jer meja aku. Penuh documents untuk settle keja. Dan bilik document aku pun sampai tak cukup tempat nak letak document yang keja sudah settle. Dan aku sentiasa menghadap pc..ingat aku bukak Youtube ke??? Sendiri mau ingatla sebab semua social pages including FB and Youtube, administrator sudah blocked.  Jadi, apa aku buat depan pc dari kul 8-6... Sendiri fikir la.

p/s: Benci depa semua

Saturday, May 21, 2011

SATURDAY...REPORT CARD???

Baru jer balik dari sekolah tadika abang..ambil report card dia. Dari minggu lepas lagi bila dapat surat dari tadika suruh hati ni tak sedap jer. Maklum la waktu periksa hari tu pun, dia main-main jer. Sampai tanya periksa apa pun tak tau.

Tapi tadi sampai kat sekolah, semua cikgu.."Hai Farees. Kenal jugak semua cikgu dengan abang nih..kira popular la jugak. Jumpa cikgu kelas dia, Cikgu Rozi. Cikgu Rozi cakap Farees ni diam sangat di dalam kelas. Nak dengar suara dia memang payah...

Huhhhh... Apa???? Diam???? Kalau kat rumah la, sampai kena jerit suruh stop cakap. Pastu cakap pulak, volume paling tinggi, mungkin satu taman boleh dengar. Tak kira la kalau dia bercerita ke, nyanyi ke.. menangis ke.. adusss... volume tu rosak tak leh slow dah.. Tutup mulut pun kot... selang rumah 3-4 buah pun boleh dengar. Kat sekolah lak diam... Macam tak percaya jer. Betul ke dia ni... OOOO... pandai berlakon depan cikgu yer.

Mama masih tak berapa percaya abang boleh dapat 4A ...
Anyway.. tengok result periksa dia, nampak ok. Pendidikan Moral boleh dapat 100...ceheeeh... pandai nya. tak percaya bukan apa, sebab kalau di rumah la.. suruh baca buku - nangis, suruh buat kerja sekolah nangis...ntah bila masa ler masuk semua pelajaran yang cikgu ajar tu. Tapi science dapat 64.. mmm.. macam mana nak jadi doktor haiwan ni? Ni cita2 dia.. tak kaitan dengan mamanya ni sebab mama tak suka binatang. Pooh dengan teddy bear jer boleh jadi binatang peliharaan mama..hehe (or bantal peluk). Senang tak yah bagi makan.

Thursday, May 19, 2011

Family day off

Cuti Wesak Selasa lepas, bawa budak-budak ni pergi makan di kedai... Bukan selalu boleh bawa depa ni jalan-jalan so sempena cuti tu, bawa la. At least release tension jugak jalan-jalan ni.. lagipun mama ni nak beli baju untuk adik... banyak baju yang dah semakin kecil...hehe sebab adik dah semakin bulat.

Mula-mula, bawa ke Subaidah, restoren mamak di taman sejati. Abang tengok roti tisu, excited nak order. So dia order roti tisu, sama dengan kakak. Mama makan chapati dan Abah makan roti jala. Tapi bila sampai roti tisu... abang cakap tak mau lak.. nak kongsi dengan mama chapati...Lastly, mama dengan kakak jer la makan roti tisu tuh...uhukksss

Lepas shopping lak, si abang sibuk nak makan icecream. Terpaksa la singgah McD lak...hahaha...terpaksa ke tu??? Mama ni macam biasa ler ada burger wajib bila pergi McD. Doublecheese burger satu... apa sedapnya,..tak tau la. Tapi bila sampai kat McD sure order DCB...macam tak ada menu lain.

Apa-apapun..letih melayan budak-budak ni memang la satu hal..tapi Mama enjoy...Sayang anak2 mama


Abang ni bila ambil gambar dramatik sket

Action

Kakak cam biasa la control ayu

Adik boring sebab tak leh makan

Boring nya dia
 








 


 

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru...

google image

HAPPY TEACHER'S DAY! TO ALL DEAREST TEACHER IN THE WORLD.



Especially to my dear sisters... Kak Yong, Kak Yang, Kak Uda, Kak Cik.. Selamat Menyambut Hari Guru...Moga sabar dengan cabaran yang mendatang nak handle anak2 murid...
Era.. hehe..mungkin tidak ler nampak gayanya... nasib pun tak ada... asyik tak dapat jer. Mungkin jugak takut nak menghadapi masalah murid2 yang selalu kakak2 ceritakan... mungkin malas dah nak belajar bagaimana nak mengajar.. mungkin jugak tak mau berjauhan dengan anak2 untuk menjadi pengajar... Tapi mungkin semuanya sebab diri sendiri yang tak berapa mau dengan tittle sebagai GURU...

Sunday, May 15, 2011

Sami Yusuf - You Came To Me

Lagi lagu dia nih... enjoy...

Dengarlah Cerita Isterimu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dengarlah Cerita Isterimu iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah

Artikel Ustaz Fathi Yusuf  dari iluvislam

Wednesday, May 11, 2011

Aduss.... Sudah lambat la...

Waktu ni Abang Farees baru 4bulan, Kakak Fatin 2tahun

Semalam balik rumah, macam biasalah. Sibuk dengan adik… sekarang dah pandai memanjat, jadi susah sikit nak tinggalkan dia lama-lama. Budak darjah satu sekolah kakak ni sekolah petang jadi sambil tunggu kakak balik dari sekolah… mama ni sibuk la on apa2 yang patut.. kipas/aircond (semestinya sebab abang dan adik ni eczema, tak boleh panas/peluh langsung), masak air, prepare baju kakak dan abang nak pergi ngaji.. kelam kabut la sket..


Tak lama pastu.. lebih kurang jam 7.15, kakak pun balik. Terus bukak baju sekolah sebab cuaca pun panas. Dia selalunya laju jer keluar rumah tapi semalam tak pulak. Duduk dekat meja, panggil abang, tulis2 something. Bisik2 lagi. Mama tak peduli sangat.. terus mandi. Biarlah depa nak melukis ke, menulis ke,.. janji jangan gaduh jer.

Kemudian lepas solat, macam biasa jugak, suruh depa dua orang tu mandi sebab nak siap2 pergi mengaji… nak solat, nak makan pulak sebelum pergi… Makan pun beli ler.. sebab tak sempat. Balik pun dah pukul 7… nak tunggu kakak pulak, nak siap pergi ngaji kul 8.. jadi masak memang tak dan… masak meggi boleh la.

Dah siap pakai baju, lepas makan pun dah.. budak dua orang tu bagi satu kertas.. “Mama, Selamat Hari Ibu!” Sayang sikit…muah..muah. Baca ler kertas tu, ghuper nya dalam kertas tu tulis… SAYANG, HARI IBU.

“Hari Ibu lepas dah la”. Kakak jawap “Tapi kakak baru tau hari ni”. Hahaha lambat la.. tapi tak per..biar lambat asal selamat….hehe.Lagipun mama pun tak bagitau, kan. Ingat jugak la, depa dua orang tu kat mama yer.

Thank you very much, anak2 mama. I love u…

p/s: Mama janji nak buat kek, kan... kita tengok dulu yer....

Sunday, May 8, 2011

EMAK.. I Miss U

Dengan emak waktu raya 2007, last raya with her
Emak.. SUPIAH BINTI ABDULLAH, adalah orang paling penting dalam hidup aku. Walaupun emak dah tak ada sekarang ni tapi rasa macam dia masih ada jer. Even aku sebenarnya masih belum boleh menerima ketiadaannya. No. phone nya masih dalam phone aku sampai sekarang. Tak rasa nak delete nombor walaupun tahu ia tak dapat dihubungi lagi. Biarlah... kenangan.

Emak boleh dikatakan kategori tua dah waktu melahirkan aku.. sebab tu bila jalan dengan mak dan kak sulong aku... orang akan cakap kak yong tu mak aku dan mak tu opah. Apapun mak tetap mak la kan.

Emak masa hayatnya, memang selalu sakit. Macam-macam... seingat aku la.. mak masuk hospital ni sejak aku dulu belum boleh melawat orang masuk wad. Aku ingat lagi aku nangis giler2 sebab guard tu tak bagi aku masuk melawat mak. Waktu tu kecik lagi.. so nangis depan orang ni biasala. Sampailah akhir hayatnya pun di hospital...mmm.

Sebab ayah aku meninggal awal, masa umur aku 4 tahun lagi, jadi emak la segala-galanya dalam dunia aku. Memang aku ni susah sikit berenggang dengan mak. Adik beradik lain masuk asrama, aku masih dengan mak.  Masa lepas UPSR, aku dapat tawaran sekolah asrama pun aku tolak... Sorry la Ustaz Abd. Rahman.. sebab banyak berusaha untuk murid yang degil ni... bukan tak menghargai jasa baik ustaz yang tolong isi borang sekolah asrama sana sini untuk aku tapi waktu tu aku lebih menghargai masa aku bersama mak...hehehe. Jasa baikmu tetap dikenang, Ustaz.

Masa lepas Form 3, aku memang malas nak apply asrama. Masa lepas Form 5, sekali lagi dua tawaran ke IPT aku tolak... alasan aku... Nak cuba Form 6. Giler ke aku nih.. semua orang nak elak ambik Form 6 tapi aku lak, nak ambik. Tapi ada rahmatnya... sebab masa aku di Form 6, emak masuk wad lagi. Kali ni operate perut pulak... aku memang takut dengan operation tapi sebab mak terpaksa lah.

Aku mula masuk Form 6, aku masuk kelas Sains... tapi tukar ke kelas sastera. Terpaksa la.. lagipun banyak gak masa aku ulang alik hospital jaga emak. Jadi nak concentrate dengan subjek2 Sains.. i gave up. Tak boleh ikut la.. Kelas sastera jugak satu cabaran bagi aku, sebab aku tak pernah ambik kelas sastera dan ekonomi sejak Form 1. Tetiba nak belajar dalam masa setahun semua scope dalam subjek tu... wah... naik gila jugak la waktu tu...hehe. Tapi mungkin la berkat menjaga ibu tersayang ni... aku pass jugak semua subjek.

Tak percaya??? Nak aku scanned result STPM aku? Huh.. mimpi ler kome... Tak adanya pasai nak tunjuk kome semua result aku tu... Janji aku dapat 5P...hahahaha

Aku rindu sangat mak... Dulu masa dia ada, adalah jugak tempat aku ngadu... Even tak dapat respon yang dikehendaki pun tapi Mak is someone who listened carefully to every word I'd said... That was enough for me. Dan sekarang susah nak cari pengganti mak.. Mungkin sebab tu aku start blog ni.. who's know..

She's gone now.. but I still love her very much. Miss you mak. HAPPY MOTHER'S DAY!

p/s: On mother's day jugak, first time aku bawak laki aku jumpa mak...

Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY



Sami Yusuf - Mother (Arabic)


Blessed is your face


Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved


All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me


Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you


You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you


Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother


Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...


You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me



++ This song specially dedicated to my mother... i wish to say that to her... however, mak dah tiada lagi sekarang.

Sebagai pengganti.. this song specially untuk Ibu Mertuaku... Pn. Khasimah b. Udin. Semoga Mak Bahagia sempena hari ibu ini.

So sempena hari ibu ni, I dedicate this beautiful song to my beloved sisters, kak yong, kak yang, kak uda, kak cik, kak cu, kak ida, kak su'aida, kak ita dan juga kak tie... HAPPY MOTHER'S DAY! Dan semua kaum ibu yang kenal dan tak mengenali saya!

p/s: Nak buat entry fo my mother but soon... now, enjoy with the song first!

Thursday, May 5, 2011

Doa Khatam Al-Quran



Lately, my son selalu nyanyi sorang-sorang. Dulu selalu slow jer... sampai tak dengar apa dia cakap... tapi sejak akhir-akhirnya... Mak Toknya selalu datang ke rumah.. dia mula nyanyi kuat-kuat lak. Sampai tak boleh slowkan dah volume  tu.

Ni salah satu doa yang selalu dia nyanyikan. Tak kisah la lepas makan ke, masa tengok TV, masuk kereta, keluar kereta, kat dalam bilik air pun dia nyanyi gak...

Sempena Jumaat ni... entry agama sket...

FAME KIDS

FAME KIDS.. TERNAMPAK ENTRY DI BLOG KAK JER... KATANYA DARI MAMAFAMI TAPI TAK DAN LAGI SINGGAH BLOG MAMAFAMI... SO SESIAPA YANG NAK JOIN BOLEH REFER BAWAH YER.. SAMA2 KITA MERIAHKAN MAJLIS INI


Ikhsan dari http://www.scriptorybox.com/
Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.
dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/

Wednesday, May 4, 2011

Jokes...Release Tension

A woman walked into the kitchen to find her husband stalking around with a fly swatter.
"What are you doing?" she asked.
"Hunting flies" he responded.
"Oh! Killing any?" she asked.
"Yep, 3 males, 2 Females," he replied.
Intrigued, she asked. "How can you tell them apart?"
He responded,"3 were on a beer can, 2 were on the phone?.


*********************************************
Getting married is very much like going to a restaurant with friends.
You order what you want then, When you see what the other person has, You wish you had ordered that.


*********************************************
Man: Is there any way for long life?
Dr: Get married.
Man: Will it help?
Dr: No but the thought of long life will never come


*********************************************
Why do couples hold hands during their wedding?
It's a formality just like Two boxers shaking hands before the fight begins!


*********************************************
Wife: Darling today is our anniversary, what should we do?
Husband: Let us stand in silence for 2 minutes.


-*********************************************
It's funny when people discuss Love Marriage vs Arranged.
It's like asking someone, If suicide is better or being murdered.


*********************************************
It is difficult to understand GOD.
He makes such beautiful things as women and Then, he turns them into Wives.


*********************************************
Before marriage, A man will lie awake all night Thinking about something you say.
After marriage, he'll fall asleep before you finish.


*********************************************
There's a way of transferring funds That is even faster than electronic banking.
It's called marriage.


*********************************************
Girlfriends are like CHOCOLATES, Taste good anytime.
Lovers are like PIZZAS, Hot n spicy, eaten frequently.
Wife's are like Dhal RICE, Eaten when there's no choice.


*********************************************
Man receives telegram: Wife dead-should be buried or cremated?
Man: Don't take any chances. Burn the body and bury the ash.


*********************************************
Prospective husband:
Do you have a book called 'Man, The Master of Women'?
Salesgirl: The fiction department is on the other side, sir.


*********************************************
Q: Why dogs don't marry?
A: Because they are already leading a dog's life!


*********************************************
There was this guy who told his woman That he loved her so much that he Would go through hell for her.
They got married and now he is going thru hell.


*********************************************
Fact of life:
One woman brings you into this world crying & the other ensures you continue to do so for the rest of your life!


*********************************************


Funny? Dunno? What ever?

Sometimes people do think marriage is the worst could happen. Kita kan manusia.,.. manusia akan buat salah. Jika salah tolong tegur dan maafkan kesalahan tu.. kan habis cerita. If we can't expect life would be such a wonderful journey, why we want to expect more in marriage?

However, if getting marry would make people happy, not just the bride and groom but everybody else feel it too. Then why married make people cry? Unhappy with the person who once make you happy? Well, i don't really get it....

Macam si norh ni tulis dalam blog dia

"When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile"

CUBA BENDA BARU

 Cuba Benda Baru SUSAH. Memamg susah. Bila kita nak mula benda-benda baru ni. Kalau dulu melulu ikut suka saja, tapi bila ada tujuan dan mat...